Ahad, 11 November 2012

NEPTUN


Planet Neptun adalah planet yang ke 8 dalam sistem suria kita. Ianya bewarna biru gelap dan planet ini 4% lebih kecil dari planet Uranus. Atmosfera planet ini kaya dengan gas hidrogen dan gas helium dan berawan. Atmosferanya juga mengandungi 3% gas metana. Metana ini lah yang menyebabkan Neptun bewarna biru. Ini kerana gas metana menyerap semua cahaya merah. Selain dari itu, planet ini juga lebih sejuk dari planet Uranus. Suhu-suhunya telah menghalang pembentukkan molekul yang mewarnakan awan-awan.

Putaran Neptun juga pantas. Ini kerana planet ini kecil. Di planet neptun, terdapat gelang-gelang melingkarinya. Terdapat 2 gelang sempit. Dan terdapat juga bulan-bulan kecil yang dipanggil bulan pengembara. Bulan utama planet neptun adalah bulan Nereid dan bulan Triton. Ia mengelilingi neptun selama 5.877 hari dibumi untuk satu putaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan