Planet yang bersaiz sederhana ini mempunyai diameter 2 kali lebih besar dari bulan, tetapi 53% diameter Bumi. Saiznya yang kecil menyebabkan ia dapat menyejuk dengan cepat. Kebanyakan atmosferanya bocor dan ianya hanya 1% tumpat dari Bumi. Waktu di Marikh hampir sama dengan Bumi iaitu 1 harinya bersamaan dengan 24 jam 40 minit di bumi, manakala 1 tahunnya pula adalah hampir 2 tahun di Bumi (1.88 tahun). Kecondongannya pula adalah 24 darjah iaitu hampir sama dengan kecondongan Bumi yang 23.5 darjah . Planet Marikh mengalami 4 musim. Dibahagian kutubnya terdapat topi salji (white cap).Semasa musim sejuk , white cap akan mengembang dan pada musim panas ia akan mengecut.
Atmosfera Marikh
Tekanan atmosfera planet Marikh adalah rendah. Ini menyebabkan air boleh mendidih di permukaan planet ini. Jika manusia berada di planet Marikh, darah manusia boleh mendidih akibat dari haba badan. Udara di planet ini nipis tetapi terlampau tumpat. Angin di Marikh akan mengutip debu di permukaan bila berlaku rebut dan membawanya ke atmosfera. Oleh sebab itu kita boleh melihat marikh berwarna merah (debu merah). Para saintis percaya wujud oksida besi (FeO) di planet itu. Ini di buktikan oleh permukan tanahnya yang berwarna merah. Ini juga membuktikan oksigen di planet ini terantai. Gas-gas dalam planet ini hampi semuanya ‘out-gassed’ (keluar dari dalam planet ini). Ini terjadi semasa planet ini muda. Saiznya yang kecil menyebabkan planet Marikh cepat menyejuk dan melepas gas-gas yang keluar dari dalam planet ini. Halaju untuk planet ini melepaskan diri dari tarikan graviti (escape velocity) ialah 5 km/s berbanding 11.2 km/s di bumi dan 2.38 km/s di bulan. Oleh itu atom gas di marikh sukar untuk melepaskan diri dari di marikh berbanding di bulan. Kelajuan atom gas juga berkait dengan suhu. Jika gas panas (suhu tinggi) halaju gas lebih tinggi. Oleh itu diketahui planet yang berhampiran dengan matahari lebih panas, maka halaju lepasan gasnya tinggi dan gagal mengekalkan atmosfera. Selain itu, halaju gas juga bergantung kepada jisim molekulnya. Di planet Marikh tiada lapisan ozon . Ini kerana tiada kandungan oksigen di dalam atmosferanya. Ketiadaan lapisan ozon ini juga menyebabkan foton-foton (tenaga cahaya) dan sinar ultraviolet dari matahari boleh menembusi dalam atmosfera dan memutuskan ikatan-ikatan molekul seperti air . Oksigen akan membentuk oksida dalam tanah dan menyebabkan Marikh berwarna merah. Kandungan Argon dalam Marikh, adalah bukti suatu masa dahulu bahawa, atmosfera Marikh adalah tebal. Ini disebabkan atom-atom argon berjisim besar dan tidak mudah hilang. Tambahan pula, argon tidak aktif iaitu ia membentuk sebatian (compound) dengan unsure air dalam tanah planet Marikh, lebih kurang 1.6%. Kehadiran argon juga membuktikan pada suatu masa dahulu atmosfera Marikh adalah 10 hingga 100 kali lebih tumpat dari sekarang.
Air Di Marikh
Pada hari ini, hasil tinjauan mendapati tiada kesan wujudnya air di Marikh. Tetapi, terdapat dua hakisan pada permukaan planet ini. Ini mencadangkan pada suatu masa dahulu terdapat terusan air dan juga kehidupan di planet Marikh. Salah satu jenis hakisannya membayangkan hasil dari banjir-banjir besar dan kedudukan tempat-tempat hakisan itu di permukaan khatulistiwa. Separuh dari terusan-terusan mengalir keluar. Air yang dikatakan membanjiri kawasan Khatulistiwa mempunyai 10 000 kali lebih banyak dari aliran sungai Missisipi. Dicadangkan juga, kemungkinan air telah dibekukan dalam tanah dan dicairkan menjadi air oleh gunung berapi. Anggaran ini menyatakan bahawa banjir telah berlaku 3000 juta tahun dahulu berdasarkan kebesaran terusan (Canal) di Hemisfera Utara. Hakisan jenis kedua pula ialah terusan-terusan yang mengalir keluar (kelihatan seperti sungai yang kering). Terusan-terusan ini berada di kawasan kawah-kawah yang tua di Hemisfera Selatan. Oleh sebab itu, umurnya hampir 4000 juta tahun. Ini mencadangkan apabila atmosferanya tebal, air telah jatuh sebagai hujan atau salji dan mengalir di atas permukaan sebelah Canal. Disyaki air telah membeku di dalam tanah dan membentuk Permafrost. Batu-batu dari planet marikh yang jatuh kebumi (sepihan hasil hentaman meteor ke atas marikh yang terpelantun ke bumi) di namakan ‘Basalt’. Didapati dalam batu Basalt ini mengandungi unsur air (1.4%). Namun tidak dapat di kenalpasti berapa peratus air pada Basalt yang telah mengewap ke udara atau meresap ke dalam tanah.
Bulan Di Marikh
Terdapat dua sahaja bulan di Marikh, iaitu Phobos (28kmx20km), dan Deimos (12km). Kedua-dua bulan ini terikat dengan planet Marikh ekoran daripada daya pasang surut (tidal forces). Kedua-dua bulan ini sebenarnya ialah asteroid yang melalui Marikh dan tertangkap oleh daya gravity Marikh (pasang surut). Bulan-bulan ini mempunyai permukaan berkawah dan berwarna gelap (albedo) yang mempunyai kekuatan pantulan sebanyak 0.06. Densitinya ialah 2gram/cm padu. Kesemua ciri di atas adalah menyerupai ciri-ciri asteroid. Semua ciri-ciri ini adalah bersaman dengan asteroid. Mereka tidak dapat menarik antara satu sama lain untuk membentuk bulat kerana daya gravitinya di sebabkan densitinya yang rendah.
Pada Phobos, terdapat calahan-celahan genting yang selari selebar 150m dan sedalam 25m. Celahan-celahan itu bersebelahan kawah-kawah besar (stickney). Terdapat teori yang mencadangkan celahan-celahan itu adalah rekahan-rekahan dalaman. Kawasan tanpa corak pada bulan phobos adalah hasil daripada hasil ‘gelombang-gelombang seismik’.
Deimos pula tidak mempunyai celahan-celahan dan licin. Sebenarnya ia mempunyai celahan, tetapi debu yang tebal telah mengisi permukaannya. Debu yang terdapat padanya adalah disebabkan oleh graviti yang dan ianya jauh dari marikh. Terdapat 3 prinsip yang menyatakan bahawa pertama, setengah bulan-bulan didunia adalah berasal dari asteroid. Kedua, satelit atau bulan yang kecil berbentuk tidak seragam dan penuh dengan kawah. Ketiga, terdapat daya-daya pasang-surut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan