Planet Musytari adalah planet yang terbesar dan mempunyai paling banyak jisim. Planet ini mungandungi 71% semua jirim di bumi dan ketumpatan di Musytari adalah 1/3 lebih besar dari air. Secara kasarnya. bumi adalah 4 kali lebih tumpat dari Musytari. Ini berdasarkan komposis Musytari yang mengandungi hidrogan dan Helium. Pada permukaan dalamnya pula terdapat kandungan hidrogen cecair dan di dalam terasnya terdapat kandungan unsur-unsur berat seperti batu, besi,nikel dan silikon. Suhu pada permukaannya adalah sangat tinggi iaitu 4 kali ganda lebih dari suhu di permukaan matahari. Selain itu tekanannya juga tinggi. Ia dapat memancarkan 2 kali tenaga yang diserap dari matahari dan haba yang masih tinggal dan terpendam semasa pembentukannya. Di Musytari, tidak terdapat lautan. Ini disebabkan tapak atmosferanya terlampau panas dan tekanan nya tinggi. Oleh sebab itu tidak nampak perbezaan diantara gas dan cecair.
Musytari mempunyai gelang tetapi ianya tidak dapat dilihat dari bumi. Gambar gelang pertama diambil oleh Voyager 1 pada tahun 1979. Ketebalan gelang itu ialah kurang daripada 30km tebalnya. Ia berkembang sejauh 1.81 kali jejari musytari. Gelang yang terdapat di Musytari 100 kali ganda legap dari gelang yang terdapat di Zuhal. Ia agak rapuh dan ia terdiri dari bahan 'silicate dan bukan dari ais seperti di Zuhal.
Bulan Musytari
Terdapat banyak bulan di planet Musytari. Semuanya 16 buah. Kebanyakan bulan-bulan di musytari adalah kecil. Sesetengah darinya mempunyai orbit 'retrograde'. Ini membuatkan ahli astronomi mencadangkan yang bulan-bulan kecil ini berasal dari asteroid. Dari 16 buah bulan , terdapat 4 bulan utama terbesar. Bulan-bulan terbesar ini dipanggil 'Galilean'(berdasarkan orang yang menemuinya - Galileo). keempat-empat bulan ini ada hubungan diantara satu sama lain. Berkemungkinan besar bulan-bulan ini terbentuk bersama Musytari. ciri keempat-empat bulan ini di terangkan dibawah.
- Callisto - bulan terluar, mempunyai ketumpatan yang rendah, 1/2 dari saiz bumi, permukaannya nampak purba dan gelap dan berais, dan ianya berkawah.
- Ganymede - berketumpatan rendah, punyai ais, berkawah dan mempunyai garisan-garisan selari.
- Europa - lebih aktif dari Ganymede, berketumpatan tinggi dari Ganymede, mengandungi batu dengan mantel dan kerak nya berisi air dan tiada kawah.
- Io - Paling hampir dengan planet, paling aktif, punyai teras logam yang besar, permukaan berbatu dan keraknya berais.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan